Apakah perasaan seorang guru?

>> Friday, November 21, 2008

Apakah perasaan seorang guru?

Apakah perasaan seorang guru apabila dia sedang mengajar dan pelajar berbual2 di dalam kelas sambil bergelak ketawa? Dia hanya berkata di dalam hati kecil nya "ah, biarkan lah mereka, nanti mereka akan berhenti bercakap. kalau menegur, nnt mereka yang akan kecil hati."

Apakah perasaan seorang guru apabila dia sedang mengajar dan melalukan sedikit kesilapan dan membetulkannya di whiteboard dan pelajar mengeluh dan berkata, "alaa...dah salin dah". Dia hanya berkata di dalam hati kecilnya, "ketika kau membuat kesilapan, aku hanya bersabar dan menunjukkan kamu jalan yang sebenarnya."

Apakah perasaan seorang guru apabila dia sedang mengajar dengan penuh semangat selama hampir dua jam berdiri dan bercakap, dan pelajar yang duduk dengan penuh selesa menguap sekuat hatinya dengan sengaja bagi menandakan masa hampir tamat. Dia hanya berkata di dalam hati kecilnya, "Mungkin mereka sudah penat kot. tak apalah"

Apakah perasaan seorang guru apabila memulangkan markah ujian pelajar dan pelajar hanya menanya balik padanya "kenapa markah saya sikit sangat??" Dia diam seketika dan berkata di dalam hati kecilnya, "mungkinkah aku yang tidak cukup bagus mengajar mereka?"

Apakah perasaan seorang guru apabila dia mengajar di dalam Bahasa Inggeris bagi menghormati pelajar bangsa lain dan mereka hanya bergelak ketawa di belakang kerana merasakan pelik apabila seorang Pensyarah Melayu berbahasa Inggeris dengan pelajar Melayu. Dia berkata di dalam hati kecilnya, "Tidak apalah, asalkan aku menjalankan tanggungjawabku untuk menyampaikan ilmu itu dengan jelas dan nyata."

Apakah perasaan seorang guru apabila dia menyediakan nota dan membuat salinan untuk pelajar itu dan dia pada akhir kelasnya melihat kertas itu melayang di atas lantai dan dipijak2 oleh pelajar lain dan akhirnya dimasukkan di dalam tong sampah. Dia berkata di dalam hati kecilnya, "hmm, tidak apalah, mungkin tercicir agaknya.."

Apakah perasaan seorang guru apabila melihat anak muridnya dapat menjawab dengan betul soalan - soalan peperiksaan ? Dialah yang berasa paling gembira di hatinya.

Apakah perasaan seorang guru apabila anak muridnya masih mengingati padanya apabila terserempak di mana mana? Dialah yang berasa paling terharu.

Apakah perasaan seorang guru apabila anak muridnya naik di atas pentas dan mendapat sekeping ijazah dengan senyuman yang sangat gembira dan melambai - lambai pada ibu bapanya ? Dialah yang berasa paling gembira.

Terima kasih kepada semua guru - guru yang telah mendidik saya selama ini sehingga saya menjadi seorang pendidik kepada generasi baru ini.

Maafkan cikgu2 saya sekiranya ada yang saya lakukan di atas, kerana pada ketika itu, saya tidak matang dan kini, saya tahu apakah perasaannya guru..

all rights reserved.
-written by dora.j-

1 comments:

welcome.. 12:29 PM  

yo man..best sgt baca..betapa besarnye pengorbanan guru tuh kan..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP