hari ini dan esok

>> Thursday, April 09, 2009

Hari ini merupakan hari Khamis (duh~). Hari yang paling dinanti - nantikan terutamanya jam 4 petang di mana kelas akan berakhir untuk minggu itu. Hari ini pada awalnya bukanlah seperti hari hari biasa. Kerana hari ini House telah secara tiba - tiba mendecide untuk mengadakan mesyuarat so-called-tergempar seawal jam 9 pagi. Lazimnya, mesyuarat akan didrag sehingga ke beberapa jam diikuti dengan minum teh dan makanan separa ringan seperti karipap, mihun dan popia goreng. Tetapi hari mesyuarat agak straight to the point dan berakhir jam 1030 dan tiada makan atau minum.

Pada kelas 1030, aku dengan lemah longlainya melangkah ke kelas. Kumpulan kelas ini banyak menguji kesabaran aku. Pernah aku menegur seorang pelajar untuk membuka capnya. Lantas dia menjawab "habis tu, yang perempuan semua ni pakai tudung, suruh la diorg bukak tudung jugak". Di dalam hati aku membakar ketika itu dan ingin mengeluarkan kata - kata yang mungkin menjejaskan karier aku dengan berperasaan untuk membaling marker pen tepat pada dahinya untuk dia sedar betapa kurang ajarnya statement itu. Tapi aku hanya beristighfar dan merenungnya tajam sehinggakan dia tidak senang duduk. Aku memulangkan semula kertas Test 1, Test 2 dan Quiz 2 serta membincang skema jawapan. Jelas sekali mereka ini belum mengulangkaji walaupun Finals akan bermula minggu depan.

Langsai kelas, aku menghadap makanan yang disediakan oleh Mama sambil bergossip panas bersama Meg dan Chik. Lain sungguh hari ini kerana selalunya aku keseorangan. Setelah menunaikan solat Zohor dalam keadaan duduk (kerana sukar untuk sujud atas sebab - sebab kesihatan), aku bergegas ke kelas jam 2.00 petang. Hari ini adalah hari official aku menyelesaikan semua silibus untuk kesemua kelas. Lega rasanya. Tanggungjawab sudah dilaksanakan. Namun pada akhir kelas aku telah didampingi seorang pelajar berbangsa Cina, Adam Wong (bukan nama sebenar) yang pernah aku menyuruh dia berjumpa denganku atas sebab markah Test yang sangat rendah.

Adam : Maaf miss, bila yang miss free?
Saya : Esok the whole day saya free, u datang jumpa I esok.
Adam : Oo ok.. esok lepas prayers ke saya jumpa..
Saya : Lepas prayers ? U pergi sembahyang jumaat ke? (confuse sbb nama dia Wong)
Adam : Ye miss.
Saya : Oh? You're a Muslim ?
Adam : (senyum) Yes miss.
Saya : Ooo ok ok.. :)

Tidak dapat kugambarkan perasaan ini. Sungguh gembira rasanya. Alhamdulillah Adam Wong (bukan nama sebenar) diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Namun, dia pernah menceritakan dia menghadapi masalah keluarga yang adakalanya memberi kesan pada pembelajarannya. Aku hanya berdoa agar jalan untuk Adam Wong dibuka luas untuk dia berjaya dan segala usahanya diberkati, insyaAllah.

Selepas kelas berakhir, aku melepaskan nafas panjang kelegaan. Di bilik pula, aku cuba menyiapkan beberapa paperwork sehinggalah 2 pelajar antarabangsa datang menjenguk Ms.D. Mereka sudah biasa dengan budaya Melayu dan membuka kasut sebelum memasuki bilikku. Dengan senyum sipu2, salah seorangnya memberikan aku kad jemputan ke International Cultural Night yang akan berlangsung esok. Melihat pada kesungguhan dan kepersisan mereka mengajak aku beberapa kali sejak sebulan yang lalu, tidak sampai hati untuk menolak undangan itu.

Ms.D : InsyaAllah I will come. Is there a dress code?
Student 1 : You can wear anything.
Ms.D : Ok, can I wear jeans ?
Student 2 : No no.. cannot.. (bercakap Arab dengan student 1)
Student 1 : (menjawab dalam Bahasa Arab, bunyi mcm gaduh sedikit)
Ms.D : (looking left and right) So.. ?
Student 1 : You have to wear like this (jarinya menunjukkan pada baju kurungku). You look cantik wearing this. You have to wear like this.
Ms.D : (blushing tapi cover) Thank you. Ok ok I will try. InsyaAllah.

Dan esok malam, jam 830, aku akan menghadiri International Cultural Night di UNISEL Batang Berjuntai. Jemputlah datang, seriously. Pasti menarik :) Gambar akan dipaste di post seterusnya. Tunggu ya :)

2 comments:

Mrs Baharudin 6:31 AM  

salam beb, ask adam wong to join this group. serious best, byk chinese muslim revert kat sini :)

http://pukullima.blogspot.com/2009/04/mrc-atau-kelab-muslim-reverts.html

Iszuanie Che Ilias 7:57 AM  

weill dora sebenarnya lama nak tanya dora sakit aper? sorry cause tak tanta khabar pun lately well bz with tonnes of work... kihkihkih... the conference is nearby....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP