my first of April
>> Wednesday, April 01, 2009
Hari ini menandakan bulan yang baru. Aku telah pun memflip kalender aku dan dia menyatakan APRIL 2009. Hari ini juga, kami staf - staf mendapat punch card baru. Lebih kurang 2 jam 15 minit yang lalu, aku telah mempurchase tiket ke Europe. Yes. Europe. InsyaAllah, aku akan ke Europe selama sebulan untuk bercuti :) Di mana? Mengapa dan dengan siapa ? Akan direveal satu hari. Sekarang ini, aku sedang menghitung hari. Dan apabila hari itu hampir tiba, pasti akan dikongsi, insyaAllah :)
Hari ini juga aku berperasaan gembira. Gembira kerana tanggungjawabku mencurahkan ilmu kepada pelajar - pelajar Tahun Asas yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Sudan dan Somalia sudah pun dilaksanakan. Gembira kerana mereka juga turut gembira selepas aku menyatakan, "That is all for Statistics. We have just finished our syllabus". Maka kedengaran mereka bertepuk tangan dan ber'high 5" tanda gembira kerana selepas ini hanyalah tinggal Tutorial, Quiz, Test dan Revision. Namun, hati ini bercampur dengan perasaan sedih. Sedih kerana kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan pelajar yang paling unik yakni, multiracial dan international sepanjang kareerku (yang tidak sampai 2 tahun lagi) sebagai seorang Pensyarah. Semester ini aku mengenal erti sebenar teaching and learning. Aku mengajar mereka tentang Statistik. Mereka belajar tentang Statistik. Mereka mengajar aku tentang budaya Timur Tengah, aku belajar tentang budaya Timur Tengah.
Seorang pelajar yang sering meluangkan masa untuk berbual denganku menceritakan pengalamannya ketika mula - mula menapak ke KLIA.
"From the internet, I know that Malaysia is an Islamic country. But I thought that Malaysia is something like the US, very modern coz I saw from the pictures (gambar apa la yang ditengoknya) But when I first reached KLIA, I saw a Malay wearing the Hijab, it was very beautiful. Because I always see this in my country, and now, I am in another country, and there is also a Muslim wearing Hijab. It felt amazing. I see that Islam is everywhere. And when the first time I heard the Adzhan, MasyaAllah, I cried. Then the first time I wanted to call my dad, I waited for the Adzhan and said 'Dad, do you hear that? They also have Adzhan here.. It's amazing!' "
Entah mengapa, aku sungguh kagum mendengar cerita ini.
Walaubagaimanapun, di sudut hati ini, terdapat satu perasaan yang sukar digambarkan dengan gambar dan tidak dapat dicoretkan dengan tulisan. Yang pasti, aku yakin, Kuasa Allah itu adalah sangat besar. Paling besar. Dan setiap yang niat di hati, Dia-lah yang Maha Mengetahui.
1 comments:
Dora, best nyer cerita student tuh... Tulus dr hati kan...
Post a Comment