hari aku berborak dengan Melissa Saila
>> Saturday, December 20, 2008
"Tomorrow we have to get up early. You have to take pictures for 1000wajah "
Itulah kata - kata ayahku sambil aku sedang menonton berita selepas pulang dari kerja semalam. Dalam hatiku berkata Yes! Ada gig! Aku masih mempelajari selok belok fotografi dengan membeli majalah Digital Camera Magazine sekali sekala dan membaca tips tips di lama web DPS.
Seperti biasa sebelum tidur, selepas menepekkan Night Cream ANEW produk AVON, aku akan baring di atas katil samada menonton tv atau membaca novel - novel kegemaranku. Aku masih lagi membaca The Alchemist (Yes, I am a slow reader). Apabila mata hampir tertutup, aku mendapat panggilan jauh dari MSO hampir setiap malam. Kami akan berbual maximum 7 minit kerana khuatir bil telefon akan melonjak naik. Akulah orang pertama dia bercakap ketika dia bangun dan dialah orang terakhir aku akan bercakap sebelum aku tidur. Begitulah kami cope dengan PJJ (perhubungan jarak jauh) ini. Setelah berbual selama 7 minit dan 7 saat (terlebih sedikit kali ini kerana aku menceritakan pengalaman kepala aku terhantuk di tingkap bus ketika perjalanan pulang. cerita aku itu telah membuatkan dia ketawa dengan bersungguh - sungguh. aku turut gembira mendengar tawaannya itu. aku memang kelakar orangnya :p ), mataku sudah pun merasakan berat dan tanpa disedari aku sudah lena tertido. Namun ku rasakan sungguh singkat masa tidur itu. Tepat jam 530 pagi, aku sudah terjaga sebelum jam alarm aku menyanyikan lagu "In The Air" oleh rapper Flo-Rida dan Will-I-Am.
Selesai solat Subuh, aku dah ayahku keluar dari rumah jam 602 am menuju ke UEM Leadership Centre di Jalan Templer, Petaling Jaya. Ternyata Petaling Jaya sungguh berbeza keadaannya ketika penduduknya nyenyak dibuai tidur. Tetapi senario sememangnya meriah di UEM Leadership Centre dengan keadaan kereta staff ditampalkan dengan sticker Boogie Treasure Hunt. Sungguh meriah (teringat pula pengalaman ketika aku bekerja di salah sebuah institusi kewangan). Aku sudah tidak mengantuk apabila mendengar lagu Saturday Nite Fever nyanyian John Travolta. Aku dan ayah berjumpa dengan Official Photographer (OP) 1000wajah untuk event itu dan kami menunggu sesi senamrobik bermula. Itulah tugasanku yang unofficial, iaitu mengambil gambar senamrobik itu. Just for the fun of it and I can gain some experience while experimenting. Sedang kami duduk, tiba - tiba datangnya seorang wanita bertubuh kecil dan berambut pendek, lantas senyum pada kami dan memberikan sedikit briefing. Aku terpegun melihat wanita itu, Melissa Saila rupanya. Aku sangat kagum melihat lakonannya yang hidup di dalam Teater Musikal P.Ramlee. Wataknya sebagai isteri kedua Tan Sri P.Ramlee, Norizan terserlah. Bakat yang diwarisi oleh anak seniwati tersohor Mariani ini telah menerima standing ovation ketika babaknya stormed out meninggalkan P.Ramlee.
Dan disitu, aku hanya mampu dan melihatnya dari jauh. Ingin bergambar, malu pula.
Event sudah hampir bermula, mataku hanya melihat gelagat wanita kecil ini ke sana ke mari memberi arahan kepada crew- crewnya. Tiba - tiba dia menoleh ke arahku dan senyum. Lantas dia jalan ke arahku.. Aku makin berdebar..
"Nanti you ambil gambar dari... hujung sana... sampaaai hujung sana" menunjukkan ke arah hujung dewan. "Sebab diorang nak buat live shoot.. so takut ganggu.. ok?"
"Ooo.. ok ok.." Itu sahaja yang mampu aku katakan.
Inilah hari pertama yang aku berborak... oops.. bercakap dengan Melissa Saila.
* Gambar diatas ketika PRamlee The Musical.
** Gambar di UEM belum diedit.
2 comments:
wah dpt amek gmbr ngan melissa saila..:)
Dora , u put on makeup ke? If u do , looked kinda faint atau x pakai langsung ke? akakakaak bukan ape berbeza sgt ngan si muke "kueh" sebelah akakakakakakaakk jgn mareeeeeee...
hmmmm ..ape lagi cite si Dora nih...lesseeee.....hmmmm
Post a Comment