kiranya benarlah

>> Friday, December 19, 2008

Semenjak aku memetik tetikus dan singgah ke beberapa blog - blog yang menggunakan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu yang cukup puitis dan penuh perfection membuatkan aku terfikir, mengapa tidak berblog menggunakan Bahasa Melayu sahaja ? you know, memartabatkan bahasa kebangsaan kita?"

Aku terfikir sejenak sambil merenung di luar tingkap dan memerhatikan angin tiup sepoi - sepoi bahasa dan sekali sekala cukup kuat untuk menggugurkan dedaun di ranting pokok yang tersusun rapi di sepanjang jalan. situasi ini memberikan gambaran bahawa mungkinkah begini keadaannya di waktu fall atau autumn in New York. Imaginasiku kembali ke negara asal apabila kedengaran azan berkumandang menyahut umat Islam menunaikan ibadah solat Jumaat di masjid. Kelihatan di luar kaum Adam melangkahkan diri menuju ke masjid, sehala dalam satu tujuan, iaitu meninggalkan apa yang sedang dikerjakan untuk menunaikan ibadah.

Begitu indahnya Islam. Sesibuk mana tugasan hairan, pasti meluangkan masa untuk berbicara dengan Allah.

Aku melihat pada nasi bergaulkan lauk ayam dendeng yang dibekalkan oleh mama dari rumah. Alangkah bersyukurnya aku mempunyai ibu yang cukup penyayang, ayah yang cukup caring dan kakak serta abang - abang yang cukup protective. Mama yang kusalute kerana kehebatannya sebagai seorang wanita, ibu, isteri, anak dan nenek yang tidak mengenal erti 'tidak' apabila diminta pertolongan, membesarkan dan mendidik kami berempat agak menjadi insan yang berguna. Papa yang aku hormati kerana kehebatannya sebagai seorang ayah walaupun dalam kesibukannya bekerja di dalam dunia korporat, masa bersama isteri dan anak - anak tidak pernah terabai. Segala perkara tentang kami adik - beradik pasti dikaji dan mencari jalan yang terbaik untuk kami meneruskan cita - cita kami. Thanks Ma and Pa. Adik beradik ku yang selalu menyakat dan membuliku kerana akulah yang bongsu. Segala baju - baju yang tidak muat, pen atau pensil kecil dan comel akan diturunkan padaku kerana "sayang untuk buang, bagi kamu jelah". Dan diriku yang agak sentimental ini akan menyimpan barang - barang itu sehinggakan satu ketika untuk aku mengemas bilik dan mendapati barang - barang dari tahun 80an masih ku simpan sehingga hari ini. Dan mereka bertiga juga akan makan dengan pantas dan meninggalkan aku di dining table sambil menjerit "siapa last, KEMAS!" dan menuju ke bilik masing - masing. Dan mulut aku akan berkumat kamit dengan bebelan yang tidak henti sambil berdiri di atas kerusi membasuh pinggan di singki dapur pada umur yang masih kecil. Namun, di dalam kesusahan, kami pasti menghulurkan bantuan, sokongan dan just be there for each other.. Itulah kami.. Itulah adik beradik ku..

Ku lihat jam di tepi skrin komputer, 154 pm katanya. Pasti MSO sedang berjalan menuju ke train station di Mannheim dan setibanya di Heidelberg akan berjalan pantas menuju ke pejabatnya. Dan terus melaksanakan tugasan untuk hari itu. Dia sangat passionate dengan kerjanya. Tetapi dia tidaklah rajin berblog seperti aku, tidak juga gemar fotografi seperti aku, dan tidak juga suka menonton Hindustan atau chic flick seperti aku. Tergelak kecil di hati ini mengenangkan perbedaan kami. MSO lebih gemarkan perkara berkaitan computer, IT, computer games dan consoles, menggilai football dan hobi di masa lapang adalah bersukan terutamanya bola sepak dan basketball. Namun, kesamaan kami tetap ada. Kami gemar menonton filem, kami gemar bershopping ataupun dia sahaja menemani aku shopping, sering ke kedai kopi bersama sambil berbual tentang isu - isu semasa (domestic dan international), menghabiskan masa di kedai buku sambil membaca buku bidang masing - masing ataupun novel - novel. MSO suka akan koleksi Dan Brown dan John Grisham, sementara aku pula lebih berminat dengan Mitch Albom dan Paolo Coelho. Dalam keadaan yang berjauhan sebanyak 11,000 kilometer kami bermain online games bersama. yang sering menjadi kegemaran adalah literati untuk menguji vocabulary masing - masing. Selalunya, MSO akan mendapat markah tertinggi. Dan alasan aku adalah saja kasi chance tetapi aku tahu Englishnya tidak dinafikan lebih baik berbanding aku. Adakalanya kami berbalas - balas teka teki dan ketawa akan kebo*ohan jawapan pada teka - teki itu.

Dalam jangkamasa jari jemari aku pantas memetik keyboard sambil mata tidak lekang dari skrin komputer dan berblog didalam bahasa kebangsaan ini, aku terfikir, adakah aku memiliki bakat dalam penulisan seperti Paolo Coelho atau Mitch Album? Atau lebih agresif seperti Elizabeth Wurtzel dalam novelnya Prozac Nation berkisarkan wanita yang demented dan obses menggunakan Prozac.

Kiranya benarlah jawapan yang diharap - harapkan pada persoalan itu, maka berikanlah aku idea yang bernas serta kekuatan yang cukup hebat bagi melahirkan sesuatu yang ingin aku lahirkan sejak aku mengenal erti dunia penulisan yang tiada batasannya. Itulah cita - cita yang aku pendam semenjak berumur 13 tahun di mana aku sering menconteng poems pada kulit buku sekolah. Menulis novel - novel Inggeris tentang remaja dan kehidupan yang ku fikir cukup mendalam padaku pada ketika itu, namun bila aku melihat semula, aku hanya menggelengkan kepala sambil ketawa dan berkata pada diriku "what were you thinking Dora? heh". Ada kalanya aku mencuba nasib dan menghantar karyaku ke surat khabar untuk dipublish. Pernah sekali mungkin karyaku menepati kriteria secara minima dan disiarkan di akhbar The Sun. Pada masa itu, kurasakan diri ini sudah seperti seorang penulis hebat. Berjalan bersama pen diselitkan di belakang telinga seolah - olah idea yang keluar dari minda dapat dicatitkan dengan pantas pada kertas buku nota kecil yang sering ku bawa ke mana jua. Melihat Cheryl Samad di dalam cerita Ghost di 8tv mengingatkan kembali impian aku yang ingin menjadi novelist atau journalist. Akan tetapi, apabila membaca blog - blog orang lain yang jauh lebih berbakat dariku membuatkan aku tertelan air liur buat seketika. Mampukah aku bersaing dengan mereka - mereka ini ? Yang bertanggapan we write for passion not for money. Ya, saya juga menulis atas dasar minat tetapi kepuasan itu tidaklah sama seperti melihat nama atau nama pena termaktub pada buku yang dijilid dan diletakkan pada rak - rak buku MPH atau lebih hebat lagi, Kinokuniya atau Borders.

Ku masih berharap dan berdoa agar dapat ku lihat suatu hari hasil karyaku di rak - rak buku di MPH. Dan instead of aku dan MSO mencari buku Mitch Albom atau Dan Brown, kami berlari - lari dan berlumba mencari buku hasil penulisanku (kadang - kadang kami berlari - lari seperti budak - budak sekolah Tingkatan 4. Satu perlakuan yang mungkin janggal dilihat memandangkan umur kami menjangkau hujung 20an tetapi agak seronok juga). Mungkin, pada ketika itu, aku akan mengingat kembali, saat ketika ku menulis blog ini.. dalam bahasa Melayu..

Tetapi tidak salah juga jika menulis di dalam bahasa Inggeris seperti penulis muda yang berbakat, Dina Zaman atau, Dr. Farish Noor.

Kiranya benarlah...

4 comments:

Mrs Baharudin 3:01 PM  

hello bebeh.. i told u u can write. write laaa. i have the contacts what. kust give the manuscript to the publisher.. its that simple. and if they like it, then publish la sayang.. u can do it bebeh. ntah2 kat german nnti lagi laa byk bende leh tuliskan? all the best bebeh!!!

lucky 3:17 PM  

thanks for the support man! searching for ideas now.. :) perhaps one day, impian menjadi kenyataan :)

lillix 3:26 AM  

Tuan hamba, siapakah gerangan MSO?

lucky 7:35 AM  

hehehe... MSO adalah singkatan bagi my significant other.. jejaka 506 ;)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP