his story..

>> Monday, March 09, 2009

Isnin pagi. Kesejukan pagi ini membuatku sukar untuk bangun. Anak saudaraku, Farhan yang sibuk mengetuk pintu bilik dan memanggil-manggilku "Cu, bangun!" akhirnya berjaya membuatku keluar dari bilik.

Setelah selesai sarapan, aku terus ke computer. Hati ini sungguh merindui arwah Amir Yusuf walaupun tidak pernah berjumpa. Terus klik kepada blog saudara Fajar yang kulihat terdapat update "Untuk Terakhir Kali". Sebutir demi sebutir aku mendalami ayat - ayat yang disampaikan oleh saudara Fajar yang penuh makna. Jelas sekali kasih sayang ibu dan ayah tiada bandingannya. Tanpa disedari, air mata deras mengalir seolah - olah diri ini sememangnya berada di hospital menyaksikan saat - saat terakhir Amir Yusuf. Hujan diluar turut menemani diri ini menangis. Anak saudaraku Farhan yang berumur 2 tahun setengah melihat dengan pelik mengapa Cu sedang menangis di depan computer. Aku hanya melihatnya dan mengucupnya di pipi. Anak kecil yang tiada dosa, tidak mungkin dia merasai kesedihan yang dirasai.

Sabarlah wahai saudara Fajar sekeluarga. Ini semua ujian Allah. Teringat kepada anak saudara, Arwah Rafiq yang juga pernah berada di ICU bertemankan wayar dan suction yang dilakukan setiap 2 - 3 jam. Dan setiap kali suction dilakukan, setiap kali itulah aku kan menangis melihat insan kerdil yang terpaksa melalui semua ini. Ujian Allah cukup hebat sekali. Walaupun diri ini masih belum mempunyai anak, tapi diri ini juga rasa sedih mengingatkan apa yang telah dilalui oleh arwah Rafiq dan juga arwah Amir Yusuf. Allah lebih mengetahui dan Allah lebih menyayangi mereka.

Be strong, saudara Fajar. Janganlah bersedih dengan pemergian Amir Yusuf, tetapi ingatlah saat - saat indah bersamanya. Perpisahan ini hanyalah untuk sementara..

Al - Fatihah.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP