my friday night : Fantasia Bulan Madu
>> Saturday, March 07, 2009
Tenangnya di malam ini bertemankan bunyi cengkerik. Setelah pulang dari Giant menemani ibu membeli barang - barang keperluan harian, aku mendongak seketika ke angkasa. Indahnya ciptaan Allah. Malam dijadikan untuk berehat dan tidur. Maka malam itu sunyi dan sepi bertemankan cahaya bulan yang menerangi bumi ditemani bintang - bintang yang menghiasi langit.
Teringkat kembali pada zaman persekolahan ketika menghadiri aktiviti 'stargazing at night' oleh kelab pencipta alam. Memang aku cintakan alam. Sungguh terpegun apabila dapat melihat retak di permukaan bulan yang ada disebut di dalam Al - Quran membuktikan kekuasaan Allah. Lagi indah apabila dapat melihat planet Saturn dan ringnya serta 4 daripada 7 bulan di orbit yang mengelilinginya. Sememangnya indah dan menakjubkan. Semua ini dapat kulihat dengan bantuan telescope berkuasa tinggi yang mengikuti orbit bulan yang mana di waktu siang hari, telescope itu akan terbalik.
Pengalaman yang paling tidak dapat ku lupakan adalah pada tahun 1998 di Taiping, aku bersama rakan - rakan turun ke bawah dorm seawal jam 2 pagi kerana ingin menyaksikan fenomena Meteor Shower itu. Kami tunggu hampir dua jam dan aku dapat melihat 13 meteor berterbangan di langit bagaikan satu mimpi. Tidak pernah ku lihat langit yang kosong dan gelap menjadi terang dihiasi bebola oren kekuning - kuningan bergerak begitu pantas dan hilang bagaikan magic. Aku mengira berapa jumlah meteor yang dapat kulihat. Dan sememangnya 13 is my lucky number. Fenomena ini tersemat di hati dan di mindaku dan mungkin inilah pengalaman yang paling bermakna bagiku. Kiranya ada soalan, "What is the most unforgettable phenomena that you've experienced in your life?" mungkin itulah jawapannya. Dan pengalaman ini mungkin akan ku ceritakan suatu hari pada anak - anak serta cucu - cucu ku insyaAllah. At least I have something cool to tell them.
Di malam itu, sungguh tenang. Dan di kawasan perumahanku di Kampung Tunku juga tenang. Dan dalam ketenangan itu, aku tertidur lena setelah berbual dengan MSO. Masing - masing kepenatan kerana sepanjang minggu dibebani kerja yang banyak. Namun demikian, kami cukup passionate dengan kerja kami. MSO sering menceritakan keseronokannya di pejabat apabila mendapat projek baru. MSO seorang yang sukakan benda baru dan setiap hari mempelajari ilmu baru. Diriku pula sering menceritakan gelagat pelajar - pelajar serta apa yang diajar dan belajar daripada pengalaman bersama orang yang berbeza. Begitulah kami. Dua dunia yang cukup berbeza.
Walaupun dunia kami yang berbeza, apabila kulihat langit, dia juga melihat langit yang sama. Bulan yang menemani diriku di malam hari, bulan yang sama juga menemaninya di malam hari. Ada kalanya, ku terfikir. Adakah di saat ku lihat bulan, mungkin dia melihat bulan jua ? Adakah tenangan yang ku alami dengan melihat bulan itu, dapat dirasainya jua ?
Begitulah pengalaman Friday night aku kali ini. Sememangnya diri ini kepenatan namun masih bertahan kerana semangat di dalam diri ini cukup kuat untuk meneruskan kerja - kerja harian. Ku harapkan, Friday nights yang lain akan setenang ini dan mungkin, suatu hari, aku dan MSO akan berada bersebelahan menyaksikan bulan dan bintang bersama sama. Atau kiranya ada rezeki, dapat melihat semula fenomena Meteor Shower bersama - samanya, InsyaAllah.
Disertakan lagu ol skool rock, Fantasia Bulan Madu, my favourite Search song. Liriknya sungguh indah dan bermakna.
2 comments:
wau... menangkap!
tangkap apa agaknya tu ? hehe
Post a Comment